Thursday, March 19, 2009

LAPORAN MESYUARAT ABBOA, HR & IR

Mesyuarat di antara pihak ABBOA, HR Affin dan Jabatan Perusahaan (IR) telah berjalan dengan lancar pada 18hb March 2008. ABBOA telah diwakili oleh Tuan Presiden, Pn. Asst Sec. General dan Tuan Bendahari manakala HR diwakili oleh 2 orang pegawai mereka. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh wakil IR, Kem. Sumber Manusia.

Agenda mesyuarat ini adalah berkaitan dgn CA. Menerusi mesyuarat ini ABBOA telah membangkitkan segala masalah yang telah dihadapi dengan pihak pengurusan Affin Bank sehingga menyebabkan rundingan CA ini tergendala selama 6 bulan.

Memandang pihak HR telah menyerahkan counter offer pada 13hb March yang lalu, pihak IR meminta kedua-dua pihak untuk menjalankan rundingan secepat mungkin. Sekiranya rundingan tersebut gagal, maka ABBOA diminta untuk mengfailkan Trade Dispute dengan segera untuk membawa kes ini ke Industrial Court.