SEJARAH PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI AFFINBANK BHD (ABBOA)
November 2001- Persatuan Pegawai-Pegawai Affinbank Berhad (ABBOA) didaftarkan.
Disember 2002- Lima dari sembilan ahli jawatankuasa termasuk Presiden dan Setiausaha telah berhenti kerja dan VSS menyebabkan persatuan lumpuh.
September 2004 -Satu jawatankuasa penaja baru dibentuk untuk mengaktifkan semula persatuan. Agenda pertama persatuan ialah memastikan ahli-ahli terkumpul melebihi 51% dari jumlah pegawai dalam kategori yang sama untuk tujuan menuntut pengiktirafan majikan. Dalam masa tiga bulan, persatuan berjaya menepati sasaran dimana 424 pegawai Affinbank telah menjadi ahli.
Oktober 2004 - Mesyuarat Agung pertama di Bangunan Boustead dimana ahli-ahli telah meluluskan perlantikan sembilan (9) pegawai Persatuan untuk penggal 2004-2006 dan menerima usul pindaan alamat persatuan ke No 8, Lorong Enggang 23, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur.
Februari 2005 - Persatuan menghantar satu tuntutan pengiktirafan ke pihak pengurusan Affinbank. Tuntutan pengiktirafan telah ditolak dengan syarat persatuan mengeluarkan VP4 daripada skop keahlian ABBOA.
September 2005 - Satu mesyuarat agung luarbiasa diadakan untuk meminda peraturan 3 berkaitan dengan penguguran VP4 dari skop keahlian.
Mei 2006 - Permohonan bagi pendaftaran perubahan peraturan diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja .
September 2006 - Persatuan menghantar satu lagi tuntutan pengiktirafan. Pihak pengurusan Affinbank mempertikaikan isu skop.
Mac 2007 - Kedua-dua pihak menandatangani satu memorandum persetujuan untuk mengeluarkan pegawai eksekutif, AVP2 dan AVP 3 yang berkhimat di bahagian Sumber Manusia, Audit, Teknologi Maklumat dan Pengurus Customer Relationship Centre atau Hire Purchase Centre.
Oktober 2007 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja menjalankan pemeriksaan keahlian
Jun 2008 – Menteri Sumber Manusia memberi pengiktirafan kepada Persatuan Pegawai-Pegawai Affinbank Berhad. Persatuan mempunyai seramai 460 ahli yang memegang jawatan Eksekutif, AVP2 dan AVP3.