Monday, September 27, 2010

Anda Bertanya ABBOA menjawab.


Apakah yang berlaku ketika Mention of Case pada 23hb September 2010?

Mention pada hari itu telah dibatalkan dan digantikan dengan satu perbicaraan (hearing) dalam Mention pada 20hb Oktober 2010. Perbicaraan (hearing) dalam Mention ini adalah bertujuan untuk mengadili dakwaan peguam pihak Bank bahawa Statement of Case (Proposed CA) pihak ABBOA yang difailkan oleh Murugavel & Co (Peguam mewakili ABBOA) tidak lengkap.


Kenapa Presiden (Hakim) Industrial Court berbuat begitu?

Asalnya Puan Presiden (court 27) merancang untuk membuat keputusan di chamber (bilik) beliau sahaja pada 23hb September lalu. Pada pandangan kami tindakan Puan Presiden ini diambil kerana sekiranya keputusan tersebut hanya berlaku di Chamber ianya boleh dipertikaikan (challenge) oleh mana-mana pihak sama ada ABBOA atau Bank. Ini berbeza sekiranya sebuah perbicaraan (hearing) formal dilakukan untuk mengadili dakwaan tersebut, maka keputusan ini tidak lagi boleh atau sukar untuk dipertikaikan. Justeru pihak ABBOA menyokong tindakan Presiden Mahkamah Industri ini kerana ia adalah wajar untuk membendung tindakan peguam mewakili Bank yang gemar bermain-main dengan isu teknikal.

Sekiranya ketika perbicaraan (hearing) pada 20hb Oktober ini, Puan Presiden Mahkamah Industri membuat keputusan bahawa Statement of Case yang difailkan oleh Murugavel & Co bagi pihak ABBOA telah lengkap, maka peguam mewakili Bank wajib akur dan perlu menyerahkan Statement of Reply (counter proposal) mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.


Bagaimana pula sekiranya keputusan Puan Presiden Mahkamah Industri pada 20hb Oktober ini berpihak kepada Bank?

ABBOA akan sentiasa menghormati keputusan Puan Presiden. Kami akan meneliti mana-mana artikel dalam CA kami yang memerlukan maklumat lanjut sekiranya Puan Presiden berpendapat ianya kurang lengkap. ABBOA akan melakukan apa sahaja yang perlu sehingga peguam mewakili Bank tiada lagi alasan untuk tidak mengfailkan Statement of Reply (Counter Proposal).

Untuk makluman anda, sehingga ke hari ini peguam mewakili pihak Bank masih tidak memberi secara spesifik artikel mana dalam Statement of Case (CA ABBOA) yang kononnya tidak memiliki maklumat yang lengkap.


Benarkah dakwaan peguam Bank yang menyatakan Statement of Case ABBOA tidak lengkap?

Untuk makluman anda semua, ABBOA bersama Murugavel & Co telah bekerja keras untuk menyediakan sebuah statement of case yang lengkap. Ia mengambil masa lima minggu untuk kami perbaiki CA yang kami pernah serahkan kepada pihak Bank pada 31hb July 2008 lalu. Kami telah melakukan analisa perbandingan di antara current terms & benefits Affin Bank dengan National Union seperti ABOM dan NUBE serta In House Union Bank-Bank perdagangan yang lain seperti Maybank, CIMB, Bank Muamalat, HSBC, SCB dan lain-lain lagi. Bagi setiap artikel yang memerlukan justifikasi, maklumat lengkap secara detail telah diberikan. Akhirnya kami telah menyerahkan Statement of Case berserta dokumen sokongan setebal 76 mukasurat. Murugavel & Co dan ABBOA amat yakin pada perbicaraan (hearing) yang akan dijalankan 20hb Oktober ini kemenangan akan berpihak kepada kami. Insya Allah.

Tidakkah Mention of Case ini yang telah berlangsung berulang-kali semenjak bulan Januari 2010 menunjukkan kes ini terlalu banyak kali ditunda? Adakah ini akan menyebabkan kes ABBOA ini akan berterusan ditunda begini sehingga memakan masa yang lama untuk diselesaikan?

Untuk makluman anda semua Murugavel & Co telah berjaya mendapatkan tarikh perbicaraan perbicaraan (hearing) yang sebenar iaitu pada 28hb dan 31hb Januari 2011 untuk mengadili tuntutan-tuntutan ABBOA. Sehingga ke hari ini tarikh perbicaraan (hearing) ini BELUM PERNAH ditunda. Sekiranya tarikhperbicaraan (hearing) ini ingin ditunda, maka ia perlu mendapat persetujuan pihak ABBOA dan Bank. Tidak mungkin ABBOA akan bersetuju untuk menunda tarikh perbicaraan (hearing) tersebut kerana ABBOA sebagaimana yang semua maklum mahu kes ini diselesaikan secepat mungkin. ABBOA mahukan semua hak-hak yang sepatutnya diterima oleh pekerja Affin Bank diberikan dengan secepat mungkin

Mendapatkan tarikh perbicaraan (hearing) pada peringkat awal Mention of Case ini merupakan satu kejayaan yang amat besar bagi pihak ABBOA. Kebiasaannya tarikh perbicaraan (hearing) hanya akan diberikan setelah segala dokumen dari pihak union dan majikan telah lengkap. Kita amat bernasib baik kerana Puan Presiden Mahkamah Industri (court 27) telah menunaikan permintaan Murugavel & Co tersebut. Melihatkan perjalanan kes ketika ini semasa beberapa sessi Mention, dokumen lengkap daripada pihak peguam mewakili Bank mungkin hanya akan dapat diterima sekitar bulan November atau December atau mungkin lebih lewat lagi. Sekiranya Murugavel & Co tidak bertindak pantas, ABBOA mungkin hanya akan mendapat tarikh perbicaraan (hearing) pada pertengahan tahun 2011 ke atas atau mungkin pada awal tahun 2012 atau mungkin lebih lewat lagi.

Justeru, penundaan ketika sessi Mention bukanlah satu masalah besar bagi perjalanan kes ini kerana ABBOA telah berjaya mendapatkan tarikh perbicaraan (hearing) yang sebenar.

Kenapa ABBOA mengajak semula pihak Bank untuk berunding sedaangkan dahulu ABBOA yang tidak mahu meneruskan rundingan dengan mengisytiharkan deadlock pada tahun 2009 yang lalu?

ABBOA telah mengikut nasihat Puan Presiden Mahkamah Industri untuk meneruskan rundingan dengan niat untuk mengurangkan jumlah artikel yang bakal dibicarakan ketika perbicaraan (hearing) pada 28 dan 31hb Januari 2011. Nasihat ini turut pernah diberikan oleh pejabat Industrial Relation, Kem. Sumber Manusia, cawangan Kuala Lumpur pada bulan Julai 2009. Namun ABBOA tidak menerima respon yang positif daripada pihak Bank dalam kedua-dua peristiwa tersebut.

Puan Presiden mengharapkan semasa perbicaraan (hearing) pada 28hb dan 31hb Januari 2011 nanti hanya sejumlah kecil artikel (dalam lima hingga tujuh artikel) yang akan dibicarakan. Jelas tindakan Puan Hakim ini membuktikan niat murni beliau untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan ABBOA turut bersetuju dengan saranan ini demi kepentingan ahli-ahli ABBOA serta kakitangan Affin Bank keseluruhannya. ABBOA juga berharap wakil pihak Bank akan memberi kerjasama sepenuhnya demi untuk kebaikan semua pihak.

Kami yakin sekiranya terms & benefits kakitangan Affin Bank telah setaraf dengan industri, maka prestasi warga kerja Affin Bank pasti akan meningkat. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan daya produktiviti kakitangan Affin Bank Berhad. Dalam keadaan serba kekurangan ini sekalipun, warga kerja Affin Bank telah memberi sumbangan yang cemerlang demi untuk mencapai segala objektif serta sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kerana kecintaan kami kepada Affin Bank. Justeru kami menyarankan wakil pihak Bank agar bekerjasama dengan ABBOA demi untuk mencipta kejayaan yang lebih gilang-gemilang bagi Affin Bank Berhad.

Kenapa ABBOA mengisytiharkan deadlock pada tahun 2009?

Tahukah anda counter proposal yang disediakan oleh wakil pihak Bank (sebelum kes ini di bawa ke mahkamah industri) sebenarnya hanya menawarkan current terms & benefits tanpa sebarang penawaran baru? Dalam erti kata lain wakil pihak Bank langsung tidak memberikan sebarang kadar baru untuk artikel-artikel bersangkutan kewangan (monetory).

Tahukah anda rundingan yang berjalan itu telah berlangsung sebanyak dua pusingan? Tahukah anda hanya 10 artikel yang telah dipersetujui di antara pihak ABBOA dan Bank untuk diterapkan menerusi rundingan-rundingan tersebut dan kesemuanya tidak berkaitan dengan hal-hal kewangan?

Tahukan anda ketika hendak bermula rundingan pusingan ketiga berkali-kali ABBOA bertanya kepada wakil pihak Bank tentang kemungkinan mereka akan memberi sebarang tawaran baru namun jawapan mereka tetap TIDAK? Maka ABBOA mengambil keputusan untuk mengisytiharkan deadlock demi untuk mempercepatkan proses tuntutan ABBOA agar kes ini di bawa ke mahkamah industri secepat mungkin. ABBOA tidak melihat adanya jalan lain untuk memperjuangkan tuntutan-tuntutan ABBOA ini melainkan melalui perbicaraan yang adil dan saksama serta selaras dengan undang-undang negara Malaysia di Mahkamah Industri.

Rundingan seterusnya juga pernah diadakan di pejabat Industrial Relation (IR), Kem. Sumber Manusia cawangan Kuala Lumpur. Di sana pihak ABBOA dan wakil pihak Bank telah diberikan ruang sepenuhnya untuk membentangkan hujah masing-masing berkaitan isu deadlock ini. Ternyata hujah ABBOA lebih kukuh, bernas serta lengkap dengan facts & figures sehingga IR telah memberikan laporan mereka kepada Kementerian Sumber Manusia.

Tahukan anda bahawa pihak Director General of Industrial Relation dan Menteri Sumber Manusia sendiri telah bersetuju untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Industri? Ini merupakan bukti yang kukuh bahawa tindakan ABBOA mengisytiharkan deadlock telah mengikut segala peraturan yang ditetapkan dan sememangya tindakan yang amat tepat. Hanya mereka yang tidak arif tentang peraturan-peraturan berkaitan deadlock sahaja yang akan terus mengungkit-ungkit tindakan ABBOA mengisytiharkan deadlock.

Realitinya semenjak Mention of Case ini bermula pada 21hb Januari 2010, peguam pihak Bank masih belum memberikan sebarang counter offer. Ini bermakna 8 bulan telah berlalu, peguam mewakili Bank masih gagal untuk mengeluarkan Statement of Reply.

Realitinya semenjak 31hb Julai 2008, wakil pihak bank masih tidak memberi sebarang penawaran baru melainkan apa yang telah sedia ada dalam current terms & benefits. Ini bermakna lebih 2 tahun telah berlalu dan ABBOA masih menunggu apakah agaknya tawaran-tawaran baru yang bakal diberikan oleh wakil pihak Bank menerusi counter proposal mereka.