AZRI BIN MOHD ISA Presiden ABBOA
** MEMBANGUN MEMBINA HARAPAN **
( AZRI BIN MOHD ISA )
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.
Alhamdulilah syukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana kejayaan persatuan mewujudkan Laman Webnya sendiri. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang menjayakannya terutama kepada Encik Mohd. Yaakub bin Mohd Yunus, Ahli Jawantankuasa Persatuan Pegawai-Pegawai Affinbank Berhad.
Dengan adanya Laman Web persatuan, dapatlah membuka ruang komunikasi serta maklumat antara persatuan dan semua ahli. Semoga Laman Web ini dapat dimanfaatkan sepenuhya oleh semua pihak demi mengukuhkan dan merapatkan lagi hubungan sesama kita.
Usaha ini juga sejajar dengan matlamat persatuan yang ingin memajukan kepentingan ahli-ahli kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan. Sokongan anda amatlah saya hargai
Sekian, terima kasih. Wassalam.
** MEMBANGUN MEMBINA HARAPAN **
( AZRI BIN MOHD ISA )
Presiden, Persatuan Pegawai-Pegawai Affinbank Berhad